blog yang dimiliki oleh seorang remaja yang sedang mencari identitinya di atas alam yang penuh dengan tipu helah ini.. perbagai rintangan yang harus dihadapinya untuk beliau mencari siapa dirinya dan tujuannya berada di muka bumi ini.. diselitkan juga cerita dari hatinya yang sering berkata-kata.. hidup ini takkan indah jikalau tiada kesusahan dan juga ujian kan?!
Wednesday, 23 January 2013
Permata Hati?!
antara permata dengan kaca. mana satu yang paling bernilai?! sudah tentu ramai yang akan menjawab permata bukan? hanya mereka yang tuli sahaja yang akan berkata kaca lah yang bernilai. benda yang bernilai sudah pasti akan dijaga rapi. disimpan di tempat yang paling selamat dan sudah pasti benda itu akan berada jauh daripada bahaya. tapi kini. masih adakah mereka yang betul-2 menjaga permata ini? apa yang saya maksudkan disini ialah, sebuah hadiah, sebuah anugerah yang diberikan oleh Allah kepada kita, iaitu ANAK. ye, bunyinya biasa sahaja. tiada yang pelik atau mengkagumkan pada perkataan itu. tidak dapat dinafikan. anak merupakan sebuah permata hati yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya. bukan semua dapat menikmati anugerah yang penuh istimewa lagi berharga ini. ada yang sudah berkahwin bertahun-tahun namun masih belum lagi menerimanya. namun dewasa kini, begitu ramai golongan 'ibu bapa muda' yang sesuka hati mereka membuang anak-anak mereka dan membunuhnya tanpa berperikemanusiaan. di manakah nilai kasih sayang itu pergi? di manakah nilai berperikemanusiaan itu pergi? kita seolah-olah kembali ke zaman jahiliyah di mana sesuka hatinya kita membunuh anak-anak kecil yang mempunyai hak untuk menikmati dunia, yang mempunyai hak untuk membesar dan berlakunya zina secara berleluasa. hendak disalahkan siapa di atas perkara yang berlaku ini? sungguh kasihan dan sedih hati ini setiap kali melihat di dada-dada akhbar berita mengenai pembuangan bayi, zina dan sebagainya. seolah-olah sudah tiada lagi cahaya kebenaran, cahaya kesedaran di dalam diri anak-anak muda pada masa kini. segala gegala sosial yang berlaku dewasa kini semakin lama semakin parah. ibu bapa seharusnya bijak dalam mendidik anak-anak mereka. jangan menggunakan alasan kurangnya masa dalam memberi perhatian terhadap anak-anak kerana alasan itu amatlah tidak munasabah sama sekali. sesungguhnya anak-anak yang diberikan merupakan suatu ujian kepada kita, merupakan suatu dugaan kepada kita. mampukah kita membina sebuah keluarga yang bahagia? mampukah kita mencipta sebuah umat yang berpandukan kepada Islam? yang berpaksikan kepada Islam?!itu tujuan sebenarnya Allah memberikan kita sebuah permata yang diberi nama anak itu. kita seharusnya mendidik anak berlandaskan Islam sejak mereka kecil lagi. tunjukkan nilai-nilai dan juga akhlak yang murni sejak mereka kecil supaya mereka dapat mencontohinya. bak kata pepatah, melentur buluh biarlah pada rebungnya. dalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum menjerumuskan diri ke alam yang penuh dengan cabaran ini. moga-moga kita semua dapat melahirkan generasi yang mengikuti Islam secara keseluruhannya, insyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment