Dah lama rasanya tak menulis di
ruangan ni. Maklumlah, idea takde, masa pulak selalu cemburu. Tapi kali ni nak
cerita jugak lah pasal masa. Penulisan kali ini bukan seperti yang selalunya,
tapi kali ini lebih kepada luahan hati. Dah nama blog ni pon menceritakan jugak
tentang kisah hidup, jadi cerita jelah pape kan. Rasa sekejap ja dah nak habis
belajar. Rasa macam baru semalam ja kenal dengan mereka mereka ni. Lepasni susah
dah nak jumpa semua. Masing masing sibuk dengan halnya. Cepat betul 3 tahun
melabuhkan tirainya. Sebak pulak rasa diri ini. Bila lah kita akan berjumpa
lagi. Siapa yang akan lupakan siapa nanti. Banyak yang dah kita kongsi bersama.
Dah rasa macam adik beradik pulak. Susah senang sama-sama. Aku makan meggi, kau
makan meggi. Aku makan kfc, kau makan kfc. Gembira bersama, sedih pon kadang
kala bersama. Tapi tu lah namanya lelaki, mana pernah nak kongsi yang sedih
kerana beranggapan mana ada orang yang akan faham kita. Perbagai ragam dan
kerenah kita jumpa 3 tahun ni. Terlalu banyak yang tak dapat diluahkan tapi cukuplah
dijadikan kenangan. Sentiasa ingat, ini bukan pengakhiran kita, tetapi ianya
adalah permulaan. Teruskan melangkah, kejarlah cita-cita dan jangan pernah
kenal erti putus asa dan harapan. Walau di mana kita berada, walau siapa pon
kita nanti, ingatlah dimana langit dijunjung, bumi dipijak. Walau berat hati
ini nak melepaskan korang pergi, tapi apakan daya, ini semua sudah
ketentuanNya. Dimana adanya permulaan, pasti akan ada pengakhiran. Sentiasa percaya
pada takdir tuhan. Sukar nak percaya, ketika tengah tulis cerita ni, kenapa
mata tak henti menangis? Lelaki kan terkenal dengan egonya. Tapi itulah, sekuat
manapon kita, tiba masanya, pasti rebah juga. Aku akan sentiasa ingat kenangan
bersama selama 3 tahun ni. Terlalu banyak yang kita cipta. Sukar untuk percaya,
bahawa mungkin inilah pengakhirannya. Aku
akan sentiasa doakan yang terbaik untuk korang semua. Jangan pernah lupakan aku
sebagaimana aku yang tidak akan melupakan korang. Kali ni dah jadi macam diari
pulak kan. Lantak lah, blog aku, aku punya suka lah. Setakat ini sahajalah. Makin
panjang yang dikarang, makin banyak air yang tak mampu ditampung.
blog yang dimiliki oleh seorang remaja yang sedang mencari identitinya di atas alam yang penuh dengan tipu helah ini.. perbagai rintangan yang harus dihadapinya untuk beliau mencari siapa dirinya dan tujuannya berada di muka bumi ini.. diselitkan juga cerita dari hatinya yang sering berkata-kata.. hidup ini takkan indah jikalau tiada kesusahan dan juga ujian kan?!
Friday, 7 October 2016
Sunday, 6 March 2016
Jalan...
Berjalan...
Berjalan bersendirian itu membosankan,
Lagi menyedihkan,
Bila kau berjalan,
Pada mulanya berteman,
Tapi pada pertengahan,
Kau akhirnya bersendirian.
Tuhan sudah berikan aku petunjuk,
Jalan mana yang harus aku lalui,
Walaupun menyedihkan,
Walaupun menyakitkan,
Belajarlah untuk melepaskan.
Ye,
BELAJAR...
Andai takdir,
Aku harus berjalan bersendirian,
Hingga ke pengakhiran,
Aku terima,
Aku terima walaupun hati ini tidak mengizinkan.
Aku percaya,
Kerana perancangan tuhan itu benar,
kerana perancangan tuhan itu sempurna,
Sehingga berjumpa lagi di alam sana.
Terima kasih untuk semuanya,
Semoga tiada lagi hati yang terluka,
Semoga tiada lagi hati yang kecewa,
Sungguh,
Sungguh berat untuk meninggalkan,
Apa yang sudah menjadi kebiasaan.
TETAPI...
Yakinlah dengan perancangan tuhan,
Perancangan yang sempurna untuk semua.
TERIMA KASIH...
Subscribe to:
Posts (Atom)
