Wednesday, 18 December 2013

Jalan...



Suatu hari, seorang sahabat saya mengajak saya untuk pergi ke kampung halamannya. Saya yang ketika itu sedang bercuti pun mengikut sahaja lah kata-katanya memandangkan dia merupakan sahabat saya yang sering menolong saya ketika saya berada di dalam kesusahan. Kami pergi ke kampungnya dengan menaiki kereta yang dimiliki olehnya. Kami melalui lebuh raya di sepanjang permulaan perjalanan. Mula-mula kami hanya terus sahaja, namun setelah beberapa lama, kami pun melalui beberapa simpang dan jalan yang kami lalui itu tidaklah semuanya lurus sahaja. Pada mulanya sahaja jalan itu kelihatan lurus. Namun setelah kami keluar daripada lebuh raya, kami melalui perbagai jalan yang berliku dan perbagai simpang telah kami lalui. Agak sukar bagi kami melalui jalan yang penuh simpang siur itu kerana kami baru sahaja pandai menaiki kereta. Kami pula menaiki kereta yang mempunyai ‘clutch’, jadi amatlah sukar bagi kami pemandu yang baru setahun jagung ini. Namun setelah perbagai laluan yang telah kami lalui, akhinya sampai juga kami ke destinasi yang dituju. Setelah sampai, kami berehat sebentar dan kemudiannya hati saya pon terdetik, ‘terasa macam ada persamaan lah antara jalan raya dengan jalan kehidupan.’ Setelah puas berfikir, ada betulnya juga kata-kata hati saya ini. Tidak semua jalan itu lurus. Ada yang bersimpang, ada yang harus didaki, ada juga jalan yang licin dan berbahaya dan sebagainya. Seseorang manusia itu sendiri yang memilih jalan kehidupannya. Tidak ada sesiapa yang mahu memberi arah panduan jalan mana yang harus dilaluinya. Kita sendiri yang memilih risiko dalam kehidupan seharian. Dunia ini umpama sebuah jalan yang cukup lengkap. Mempunyai perbagai laluan yang mencabar. Kita pula umpama seorang pemandu yang ingin menuju ke sebuah destinasi pilihan masing-masing. Bagaimana caranya untuk kita sampai ke destinasi itulah yang menjadi sebuah persoalan yang sering bermain di fikiran kita. Jikalau kita tidak membuat persiapan, sudah tentu kita akan sesat. Ada manusia yang jalannya terus sahaja. Ada orang pula yang jalannya bermula dengan simpang siur dan terkandas di pertengahan jalan. Dan ada pula orang yang jalan kehidupannya bermula dengan tenang, pertengahannya penuh dengan persimpangan dan berakhir dengan sampainya ia ke destinasi yang dituju. Namun apakah panduan yang terbaik bagi seseorang manusia itu melalui jalan dunia? Jikalau kita ingin melalui lebuh raya, sudah tentu kita akan menggunakan GPS bukan? Jikalau jalan kehidupan? GPS membantukah? AGAMA lah jawapannya. Islam merupakan sebuah agama penyelamat bagi sekalian manusia. Sebuah agama yang lengkap memberi panduan, petunjuk kepada manusia untuk kita melalui jalan dunia yang penuh dengan perbagai rintangan ini. Jikalau tiada GPS, sudah tentu kita akan sesat. Begitu jugalah kita jikalau kita tiada agama. Akan berterusan sesat tanpa menemui jalan penyelesaiannya. Dekatilah dengan ilmu agama wahai manusia, nescaya kamu akan berjaya melalui jalan dunia ini dan akan selamat sampai ke destinasi yang semua ingin pergi.