Friday, 7 October 2016

Awal Dan Akhir!!?

Dah lama rasanya tak menulis di ruangan ni. Maklumlah, idea takde, masa pulak selalu cemburu. Tapi kali ni nak cerita jugak lah pasal masa. Penulisan kali ini bukan seperti yang selalunya, tapi kali ini lebih kepada luahan hati. Dah nama blog ni pon menceritakan jugak tentang kisah hidup, jadi cerita jelah pape kan. Rasa sekejap ja dah nak habis belajar. Rasa macam baru semalam ja kenal dengan mereka mereka ni. Lepasni susah dah nak jumpa semua. Masing masing sibuk dengan halnya. Cepat betul 3 tahun melabuhkan tirainya. Sebak pulak rasa diri ini. Bila lah kita akan berjumpa lagi. Siapa yang akan lupakan siapa nanti. Banyak yang dah kita kongsi bersama. Dah rasa macam adik beradik pulak. Susah senang sama-sama. Aku makan meggi, kau makan meggi. Aku makan kfc, kau makan kfc. Gembira bersama, sedih pon kadang kala bersama. Tapi tu lah namanya lelaki, mana pernah nak kongsi yang sedih kerana beranggapan mana ada orang yang akan faham kita. Perbagai ragam dan kerenah kita jumpa 3 tahun ni. Terlalu banyak yang tak dapat diluahkan tapi cukuplah dijadikan kenangan. Sentiasa ingat, ini bukan pengakhiran kita, tetapi ianya adalah permulaan. Teruskan melangkah, kejarlah cita-cita dan jangan pernah kenal erti putus asa dan harapan. Walau di mana kita berada, walau siapa pon kita nanti, ingatlah dimana langit dijunjung, bumi dipijak. Walau berat hati ini nak melepaskan korang pergi, tapi apakan daya, ini semua sudah ketentuanNya. Dimana adanya permulaan, pasti akan ada pengakhiran. Sentiasa percaya pada takdir tuhan. Sukar nak percaya, ketika tengah tulis cerita ni, kenapa mata tak henti menangis? Lelaki kan terkenal dengan egonya. Tapi itulah, sekuat manapon kita, tiba masanya, pasti rebah juga. Aku akan sentiasa ingat kenangan bersama selama 3 tahun ni. Terlalu banyak yang kita cipta. Sukar untuk percaya, bahawa mungkin inilah pengakhirannya.  Aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk korang semua. Jangan pernah lupakan aku sebagaimana aku yang tidak akan melupakan korang. Kali ni dah jadi macam diari pulak kan. Lantak lah, blog aku, aku punya suka lah. Setakat ini sahajalah. Makin panjang yang dikarang, makin banyak air yang tak mampu ditampung.

Sunday, 6 March 2016

Jalan...



Berjalan...
Berjalan bersendirian itu membosankan,
Lagi menyedihkan,
Bila kau berjalan,
Pada mulanya berteman,
Tapi pada pertengahan,
Kau akhirnya bersendirian.
Tuhan sudah berikan aku petunjuk,
Jalan mana yang harus aku lalui,
Walaupun menyedihkan,
Walaupun menyakitkan,
Belajarlah untuk melepaskan.
Ye,
BELAJAR...
Andai takdir,
Aku harus berjalan bersendirian,
Hingga ke pengakhiran,
Aku terima,
Aku terima walaupun hati ini tidak mengizinkan.
Aku percaya,
Kerana perancangan tuhan itu benar,
kerana perancangan tuhan itu sempurna,
Sehingga berjumpa lagi di alam sana.
Terima kasih untuk semuanya,
Semoga tiada lagi hati yang terluka,
Semoga tiada lagi hati yang kecewa,
Sungguh,
Sungguh berat untuk meninggalkan,
Apa yang sudah menjadi kebiasaan.
TETAPI...
Yakinlah dengan perancangan tuhan,
Perancangan yang sempurna untuk semua.
TERIMA KASIH...

Sunday, 1 March 2015

Tanda Tanya!?




kalau dah tahu pengakhiranya luka
kenapa bercinta!?
manusia memang suka mencari sesuatu yang tak pasti kerana terdesak mencari jawapan
jawapan yang tidak mungkin kau akan suka tetapi sekurangnya kau telah cuba
ya, cuba
cuba untuk sakiti hati yang tidak pernah kenal erti duka
berharap agar masa berlalu
berlalu sahaja tidak cukup jikalau kenangan dan ingatan menghantui diri
seperti berjalan tetapi dibelakang terdapat tali
hendak diputuskan tali itu, gunting tiada
terus menyeret sehingga diri terbeban
kalaulah hidup ini umpama sebuah cerita
dan kita juga adalah penulisnya
teringin juga menulis semula cerita kita
agar semuanya nampak indah belaka
tapi jikalau semuanya tiada cacat cela pon tak seronok pula
sedangkan cerita dongeng pon ada dukanya
apatah lagi sebuah cerita yang bernama kehidupan
kita ini umpama seorang pelakon yang tiada imbuhan
pelakon yang sudah diberikan sinopsis cerita tanpa mengetahui pengakhiranya
sakit!
memang sakit
bagaimana nak tahu pengakhiranya jikalau tiada skrip
kita lah yang kena akhiri cerita itu dengan cara kita yang tersendiri
berbekalkan pengalaman yang sudah penuh ditimba...

Cahaya Di Hujung Jalan!?




terkadang kita meminta cerahnnya mentari
tetapi tuhan memberikan kita hujan
terkadang kita memerlukan semangat
tetapi kesedihan yang mendatang
bukan semua yang kita inginkan boleh ditunaikan
jikalau sekadar berangan
pak pandir sudah tentu menjadi jutawan ketika berada di atas pokok kelapa
jikalau sekadar berangan
kita semua mampu hidup tanpa bantuan
bukan kehidupan namanya jikalau tiada cubaan
petani bukan sengaja menanam tumbuhan selain daripada mengharapkan imbuhan
BERSABARLAH...
akan ada hasilnya yang akan datang
jikalau ingin mendapatkan hasil yang lagi menambahkan riangnya di hati
usahalah sendiri
walaupun nampak seperti sebuah kotoran
tetapi di hati kita akan nampak seperti indahnya sebuah lukisan...

Senyum Dua Kali!?






WAHAI SAHABATKU...
sesungguhnya air itu tidak selamanya tenang keadaannya
begitu juga dengan angin
angin juga tidak selamanya mendayu
jikalau engkau hendak menikam aku
tikamlah di hadapanku
kau tunjukkanlah senjata apa yang engkau bawa untuk kau tusukkan ke badanku
sekurangnya aku tahu siapa yang menikamku
sekurangnya aku tidak akan merasa sakit kerana yang menikamku merupakan SAHABATKU juga
dari menjadi air, baik menjadi api
dari menjadi angin, lebih baik menjadi taufan
dari engkau menjadi sahabatku dalam diam
lebih baik kau melontarkan perkataan musuh secara terangan
dunia penuh dengan penipuan
saat engkau dilahirkan, akan ada manusia yang akan membencimu
itu lumrah kehidupan
sedangkan yang sempurna akan ada yang membenci
apatah lagi yang serba serbi kekurangan
hidup bukan untuk membahagiakan orang lain
tapi hidup untuk engkau gembirakan diri engkau sendiri
biarlah dikatakan sombong, dari menjadi peramah tapi penipu...

Saturday, 9 August 2014

Berhenti Mengejar Pelangi!?



Selama ini aku yang beria mengejar bayang-bayang. Tanpa aku sedari, dia (bayang-bayang) tidak pernah mengejarku. Malah dia semakin menjauhkan dirinya daripadaku. aku letih, aku lelah. Aku sudah tidak akan mengejar bayang-bayang lagi kerana aku sendiri sudah berada di dalam kegelapan. Mana mungkin akan adanya bayang-bayang kerana aku sendiri adalah bayang-bayang. Sudah serik rasanya berada di tengah terik mentari walaupun adanya sebuah pelangi. Tetapi mana mungkin pelangi itu terjadi sendiri tanpa adanya hujan dan cahaya dari matahari. Mungkin inilah tempat sebenar aku. Mungkin disini aku akan dapat mencari setiap jawapandi dalam persoalan yang seringkali bermain di jiwaku ini yang penuh dengan kecelaruan. Semoga aku dapat biasakan diri di tempat yang asing bagiku ini. Semoga aku dapat menemui sebuah jawapan dan semoga aku tabah berada disini...

Wednesday, 18 December 2013

Jalan...



Suatu hari, seorang sahabat saya mengajak saya untuk pergi ke kampung halamannya. Saya yang ketika itu sedang bercuti pun mengikut sahaja lah kata-katanya memandangkan dia merupakan sahabat saya yang sering menolong saya ketika saya berada di dalam kesusahan. Kami pergi ke kampungnya dengan menaiki kereta yang dimiliki olehnya. Kami melalui lebuh raya di sepanjang permulaan perjalanan. Mula-mula kami hanya terus sahaja, namun setelah beberapa lama, kami pun melalui beberapa simpang dan jalan yang kami lalui itu tidaklah semuanya lurus sahaja. Pada mulanya sahaja jalan itu kelihatan lurus. Namun setelah kami keluar daripada lebuh raya, kami melalui perbagai jalan yang berliku dan perbagai simpang telah kami lalui. Agak sukar bagi kami melalui jalan yang penuh simpang siur itu kerana kami baru sahaja pandai menaiki kereta. Kami pula menaiki kereta yang mempunyai ‘clutch’, jadi amatlah sukar bagi kami pemandu yang baru setahun jagung ini. Namun setelah perbagai laluan yang telah kami lalui, akhinya sampai juga kami ke destinasi yang dituju. Setelah sampai, kami berehat sebentar dan kemudiannya hati saya pon terdetik, ‘terasa macam ada persamaan lah antara jalan raya dengan jalan kehidupan.’ Setelah puas berfikir, ada betulnya juga kata-kata hati saya ini. Tidak semua jalan itu lurus. Ada yang bersimpang, ada yang harus didaki, ada juga jalan yang licin dan berbahaya dan sebagainya. Seseorang manusia itu sendiri yang memilih jalan kehidupannya. Tidak ada sesiapa yang mahu memberi arah panduan jalan mana yang harus dilaluinya. Kita sendiri yang memilih risiko dalam kehidupan seharian. Dunia ini umpama sebuah jalan yang cukup lengkap. Mempunyai perbagai laluan yang mencabar. Kita pula umpama seorang pemandu yang ingin menuju ke sebuah destinasi pilihan masing-masing. Bagaimana caranya untuk kita sampai ke destinasi itulah yang menjadi sebuah persoalan yang sering bermain di fikiran kita. Jikalau kita tidak membuat persiapan, sudah tentu kita akan sesat. Ada manusia yang jalannya terus sahaja. Ada orang pula yang jalannya bermula dengan simpang siur dan terkandas di pertengahan jalan. Dan ada pula orang yang jalan kehidupannya bermula dengan tenang, pertengahannya penuh dengan persimpangan dan berakhir dengan sampainya ia ke destinasi yang dituju. Namun apakah panduan yang terbaik bagi seseorang manusia itu melalui jalan dunia? Jikalau kita ingin melalui lebuh raya, sudah tentu kita akan menggunakan GPS bukan? Jikalau jalan kehidupan? GPS membantukah? AGAMA lah jawapannya. Islam merupakan sebuah agama penyelamat bagi sekalian manusia. Sebuah agama yang lengkap memberi panduan, petunjuk kepada manusia untuk kita melalui jalan dunia yang penuh dengan perbagai rintangan ini. Jikalau tiada GPS, sudah tentu kita akan sesat. Begitu jugalah kita jikalau kita tiada agama. Akan berterusan sesat tanpa menemui jalan penyelesaiannya. Dekatilah dengan ilmu agama wahai manusia, nescaya kamu akan berjaya melalui jalan dunia ini dan akan selamat sampai ke destinasi yang semua ingin pergi.