Suatu hari,
seorang sahabat saya mengajak saya untuk pergi ke kampung halamannya. Saya yang
ketika itu sedang bercuti pun mengikut sahaja lah kata-katanya memandangkan dia
merupakan sahabat saya yang sering menolong saya ketika saya berada di dalam
kesusahan. Kami pergi ke kampungnya dengan menaiki kereta yang dimiliki olehnya.
Kami melalui lebuh raya di sepanjang permulaan perjalanan. Mula-mula kami hanya
terus sahaja, namun setelah beberapa lama, kami pun melalui beberapa simpang
dan jalan yang kami lalui itu tidaklah semuanya lurus sahaja. Pada mulanya
sahaja jalan itu kelihatan lurus. Namun setelah kami keluar daripada lebuh
raya, kami melalui perbagai jalan yang berliku dan perbagai simpang telah kami
lalui. Agak sukar bagi kami melalui jalan yang penuh simpang siur itu kerana
kami baru sahaja pandai menaiki kereta. Kami pula menaiki kereta yang mempunyai
‘clutch’, jadi amatlah sukar bagi kami pemandu yang baru setahun jagung ini. Namun
setelah perbagai laluan yang telah kami lalui, akhinya sampai juga kami ke
destinasi yang dituju. Setelah sampai, kami berehat sebentar dan kemudiannya
hati saya pon terdetik, ‘terasa macam ada persamaan lah antara jalan raya
dengan jalan kehidupan.’ Setelah puas berfikir, ada betulnya juga kata-kata
hati saya ini. Tidak semua jalan itu lurus. Ada yang bersimpang, ada yang harus
didaki, ada juga jalan yang licin dan berbahaya dan sebagainya. Seseorang manusia
itu sendiri yang memilih jalan kehidupannya. Tidak ada sesiapa yang mahu
memberi arah panduan jalan mana yang harus dilaluinya. Kita sendiri yang
memilih risiko dalam kehidupan seharian. Dunia ini umpama sebuah jalan yang
cukup lengkap. Mempunyai perbagai laluan yang mencabar. Kita pula umpama
seorang pemandu yang ingin menuju ke sebuah destinasi pilihan masing-masing. Bagaimana
caranya untuk kita sampai ke destinasi itulah yang menjadi sebuah persoalan
yang sering bermain di fikiran kita. Jikalau kita tidak membuat persiapan,
sudah tentu kita akan sesat. Ada manusia yang jalannya terus sahaja. Ada orang
pula yang jalannya bermula dengan simpang siur dan terkandas di pertengahan
jalan. Dan ada pula orang yang jalan kehidupannya bermula dengan tenang,
pertengahannya penuh dengan persimpangan dan berakhir dengan sampainya ia ke
destinasi yang dituju. Namun apakah panduan yang terbaik bagi seseorang manusia
itu melalui jalan dunia? Jikalau kita ingin melalui lebuh raya, sudah tentu
kita akan menggunakan GPS bukan? Jikalau jalan kehidupan? GPS membantukah? AGAMA
lah jawapannya. Islam merupakan sebuah agama penyelamat bagi sekalian manusia. Sebuah
agama yang lengkap memberi panduan, petunjuk kepada manusia untuk kita melalui
jalan dunia yang penuh dengan perbagai rintangan ini. Jikalau tiada GPS, sudah
tentu kita akan sesat. Begitu jugalah kita jikalau kita tiada agama. Akan berterusan
sesat tanpa menemui jalan penyelesaiannya. Dekatilah dengan ilmu agama wahai
manusia, nescaya kamu akan berjaya melalui jalan dunia ini dan akan selamat
sampai ke destinasi yang semua ingin pergi.
blog yang dimiliki oleh seorang remaja yang sedang mencari identitinya di atas alam yang penuh dengan tipu helah ini.. perbagai rintangan yang harus dihadapinya untuk beliau mencari siapa dirinya dan tujuannya berada di muka bumi ini.. diselitkan juga cerita dari hatinya yang sering berkata-kata.. hidup ini takkan indah jikalau tiada kesusahan dan juga ujian kan?!
Wednesday, 18 December 2013
Friday, 14 June 2013
Subuh Yang Kini...
Setelah lama aku menyepi
Kini aku kembali
Setelah lama aku tenggelam
Kini aku sudah berada di atas permukaan
Perbagai jenis kegelapan yang telah aku harungi
Kini aku sudah berada di atas cahaya hakiki
Betapa berharganya sebuah kehidupan yang penuh dengan
pancaroba ini
Betapa ruginya diri andai disia-siakan nyawa yang
datang hanya sekali ini
Namun berapa ramai yang mengerti
Berapa ramai yang menyedari perkara ini
Bila sudah terhenti waktu yang diberi
Barulah timbul rasa penyesalan yang menggunung di
dalam diri?
Adakah pada ketika itu kita masih lagi diberikan
keampunan?
Adakah pada ketika itu kita masih lagi diberikan
peluang?
Tanyalah pada diri
Dan janganlah menyesal dikemudian hari
Subuh yang kini
Baru aku mengenali diri
Baru aku mendekati Sang Pencipta diri ini
Betapa hinanya sebuah kehidupan tanpa pengisian rohani
Betapa jijiknya sebuah kehidupan tanpa sebarang erti
kesedaran
Subuh yang kini…
Barulah aku sedar……
Tiada gunanya timbul tenggelam
Andai tidak diambil pengajaran
Tiada gunanya akal fikiran
Andai tidak digunakan
Tiada gunanya ilmu seluas lautan
Andai tidak diambil dengan penuh keikhlasan
Aku berterima kasih kepadaMu tuhan
Kerana aku masih lagi diberikan peluang
Untuk aku mencari kelemahan
Untuk aku mencari ilmu pengetahuan
Untuk aku mencariMu tuhan………
Monday, 22 April 2013
Anak Penyu Yang Baru Menetas?!
terlihat di kaca televisyen, satu dokumentari mengenai seekor makhluk yang hampir pupus yang bergelar sang penyu. dari situ, kita dapat melihat bagaimana cara membiaknya, nama-nama saintifik bagi haiwan itu, apa yang dimakannya dan sebagainya. selepas semua itu ditunjukkan, maka terlihatlah seekor penyu yang mendarat di tepi pantai lalu ia mengorek pasir yang berada di pantai itu lalu ia pun mengeluarkan telurnya. seekor penyu boleh mengeluarkan beratus-ratus telur pada satu masa. amat mengagumkan. setelah masanya tiba, maka mereka pun akan menetas. masing-masing berada di dalam tempat yang sama, iaitu berada di dalam pasir di tepi pantai. setelah mereka menetas, masing-masing akan keluar dari tempat yang sama lalu bertempiaran lah mereka menuju ke laut. walaupun tempat yang sama, tapi berbeza laluannya. ada yang selamat, ada yang tidak. ada yang mati di pertengahan jalan, ada yang belum berusaha tapi sudah kecundang. begitulah jua nasib yang menimpa kita yang bergelar manusia ini. bermula dari campuran setitis mani dan juga sebuah telur yang begitu seni sekali, lalu kita pun dilahirkan. selepas proses itu semua berlaku, kita pun memulakan kehidupan kita di alam yang penuh tipu daya ini. ada yang berjaya, ada yang tidak. ada yang capai kerjaya, ada yang tewas begitu saja. semuanya sebenarnya bergantung kepada kita juga. adakah kita gagah untuk menempuhi kehidupan yang penuh dengan panca roba serta penuh dengan penipuan ini?! tanya pada diri, dan jangan bertanyakan kepada orang lain kerana mereka bukannya kenal kita dengan sebenar-benarnya. bukan mudah untuk mencapai kejayaan di dunia ini. apatah lagi di alam akhirat. jikalau didunia sendiri kita sudah kecundang, apatah lagi di akhirat sana. masing-masing yang memilih jalan tersendiri. ada yang melalui jalan dengan penuh kesenangan. ada juga yang menempuhi kepayahan dahulu baru sampai ke puncak. setiap yang kita tempuhi kita hendaklah menanggungnya dengan sendiri. tiada sesiapa yang sudi membantu kita MELAINKAN diri kita sendiri kerana mereka yang lain pun mempunyai dugaan dan cabaran yang harus mereka tempuhi. apabila kita tiada pengharapan, bergantunglah kita kepada tali agama, iaitu ISLAM. apabila kita menyerahkan diri kita kepada Allah, maka Dia akan memudahkan jalan bagi kita. tempuhilah segala duri onak dugaan itu dengan hati yang terbuka kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. dugaan dan cabaran yang kita alami ini sebenarnya membuatkan kita lebih mengenali tujuan kita hidup di muka bumi ini. sama-samalah kita bermuhasabah diri supaya kita menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bertawaduk dalam menjalani kehidupan seharian kita ini, insyaAllah..
Thursday, 28 March 2013
Kecilnya Ular, Besarnya Naga?!
semasa kecil, saya sering melihat kartun. sanggup bangun di awal pagi semata-mata ingin melihat kartun kegemaran. dari pagi hingga ke larut petang. begitu lah aktiviti yang selalu dilakukan setiap kali tibanya cuti sekolah. ada satu cerita, tak ingat ape tajuknya, bagaimana seekor naga yang begitu besar menjadi raja. semua tunduk dan patuh kepadanya. dia memerintah kawasan itu seperti seorang diktator yang kejam. banyak haiwan memberitahu, dahulu semasa naga yang kejam itu kecil, dia merupakan seekor makhluk yang begitu baik sekali. peramah, sopan santun. tapi setelah kemangkatan ayahandanya, beliau mula berubah sikap. dari seekor haiwan yang peramah, menjadi pemarah. dari seekor haiwan yang baik hati, menjadi busuk hati, sering dengki, hasut menghasuti, sering membuat perkara yang keji dan sebagainya. tiba-2, semasa saya sedang termenung bersendirian di taman permainan, saya teringat kata-kata daripada rakan saya. beliau berkata, 'dulu manager tu time jadi macam kita, bukan main baik lagi, kita cakap semua dia dengar. tapi tu lah, bila dah jadi manager, mula lah naik kepala. dari rajin jadi malas. dari hormat kawan jadi kurang ajar.' saya hanya tersenyum melihat dia bercerita. kemudian dia menambah. 'manusia ni, kalau kau nak tengok perangai sebenar dia, kau uji dengan dua benda ni je. dua benda ni je yang boleh buat kita nampak perangai sebenar manusia tu. kau nak tahu tak?.' saya hanya mengangguk. beliau menyambung, 'pertama, kau bagi dia duit. yang kedua, kau bagi dia pangkat. bila kau bagi dua benda ni dekat sapa-sapa, tak kira lah kawan baik kau ke, saudara terdekat kau ke, nanti kau dapat lah tengok perangai sebenar dia macam mana. manusia ni, mana boleh tahan kalau dapat duit dengan pangkat kan? nanti kalau dah dapat dua benda ni, mula lah gila kuasa, tamakkan harta. dia pikir macam dunia ni dia yang punya padahal dia tak sedar, semua ni sementara je. aku nak tengok, berapa lama dia boleh bertahan dengan semua ni.' kemudian saya hanya ketawa bagi mengambil hatinya lalu saya menyuruhnya mengucap dan bersabar. ada betulnya apa yang dikatakan oleh rakan saya itu. kita ambil contoh, bagaimana Qarun dengan hartanya. dia dikurniakan oleh Allah dengan pangkat, harta, kemewahan dan sebagainya. dia mendapat keselesaan di dunia. guru saya pernah berkata, kunci gudang miliknya begitu banyak sehinggakan berpuluh-puluh unta terpaksa mengangkutnya. bayangkan betapa kayanya dia. tapi kasihan, nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya itu di sia-sia kan. dia enggan menolong orang yang susah, dia enggan membayar zakat hingga akhirnya dia di tenggelamkan oleh Allah di dalam perut bumi bersama-sama dengan hartanya. ingatlah, sesungguhnya, setiap yang berlaku itu adalah ujian dariNya. miskin itu ujian, buruk itu ujian, gagal periksa itu ujian. harus di ingat juga, cantik itu sebenarnya ujian, kaya itu ujian, lulus cemerlang dalam peperiksaan itu juga ujian. di kala kita susah, Allah ingin melihat kita, sama ada kita meminta pertolongan Dia atau tidak. begitu juga ketika kita senang, ketika kita bahagia. berapa ramai manusia yang menjadi kaya raya tapi lupa kepada penciptaNya?! hanya segilintir sahaja yang mengingatiNya. usahlah kita menjadi begitu. tidak kira senang ataupun susah, sentiasa lah kita mengingati Allah agar hidup kita sentiasa mendapat perlindungan dariNya di dunia dan akhirat, IN SHAA ALLAH...
Wednesday, 20 March 2013
Beratnya Menjadi Seorang Jeneral Askar..
apabila sesebuah negara diserang, maka raja akan mengarahkan seseorang untuk menjadi jeneral bagi mengetuai kumpulan tersebut. askar ini pula hanya akan bertindak apabila mendengar arahan daripada ketua tadi. apabila mereka bertindak tanpa mengikut arahan daripada seorang ketua, nescaya kumpulan ini akan hancur dan musnah dengan mudah di tangan musuh. menjadi seorang jeneral ini pula bukannya mudah. kita terpaksa memikul tanggungjawab yang besar kerana segala perkara berada di tangan kita. bila kita perlu menyerang, bila kita perlu bertahan, segalanya berada dalam genggaman tangan kita. apabila kita gagal mengunakan segala yang ada pada kita, nescaya kita akan menyesal kerana kita telah mengorbankan askar-askar kita yang tidak berdosa. begitu juga dengan kehidupan kita ini. apa kaitannya hidup ini dengan seorang jeneral?! tentu persoalan itu muncul di fikiran kita kan. disini, saya ingin memfokuskan atau mengkhususkan kepada kaum lelaki. apabila kita berkahwin, maka segala perbuatan, perkataan, niat para isteri menjadi tanggungjawab dan ditanggung oleh kita. apabila kita lalai menjaga isteri kita, di akhirat kelak, mereka ini akan menuntut dan boleh mengheret kita ke neraka. tidak kira lah kita ini ketika di dunia merupakan seorang ulamak, seorang tok guru, wali dan sebagainya, apabila kita lalai dalam menjaga isteri kita, maka mereka boleh mengheret kita ke dalam neraka Allah. apatah lagi jika kita mempunyai anak. apabila seseorang manusia itu dilahirkan di dunia, mereka akan menjadi seperti sebuah kain putih yang bersih dan suci. tiada dosa dan cela pada mereka. maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencorak dan mewarnai kain itu. bagaimana caranya?? hendaklah kita mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Allah. kita hendaklah mengikut susunan atau aturan Islam. kita tidak boleh sesuka hati dalam mendidik anak. mereka ini akan mengikut segala yang kita lakukan. oleh itu, hendaklah kita menunjukkan segala nilai murni dan akhlak yang berlandaskan syariat. bukan mudah untuk menjadi seorang ibu atau bapa ini. kita hendak mendidik MANUSIA, dan bukannya HAIWAN. semua manusia berniat hanya satu, iaitu ingin memasuki Syurga tetapi setiap manusia berbeza caranya. kita perlu mengikut kaedah Islam, dengan cara mengamalkan amal makruf nahi mungkar. barulah kita mampu untuk hidup dengan selesa di akhirat kelak. bukan semuanya manis apabila kita sudah berkahwin. ada juga dukanya. oleh itu, kita hendaklah menguatkan diri dengan agama dahulu sebelum kita mendirikan rumah tangga kerana tanggungjawab dan bebanan yang besar menanti kita apabila kita sudah berkahwin nanti.
Wednesday, 27 February 2013
Sedikit Yang Banyak Dengan Banyak Yang Sedikit,. Mana Satu Yang Menjadi Rebutan?!
satu hari, semasa saya pergi berjalan-jalan bersendirian di sebuah shopping mall yang agak terkenal di ibu kota, terlihat satu kedai itu mendapat perhatian yang begitu menakjubkan daripada sekumpulan manusia yang berpusu-pusu ingin membeli barang keperluan mereka. saya tertarik untuk melihat, lalu saya pun pergi ke kedai itu untuk melihat sendiri ape yang sebenarnya berlaku. semasa saya memasukinya, saya lihat kedai itu membuat potongan bagi setiap pakaian yang mereka jual dan setiap potongan itu berbeza mengikut jenis pakaian. dalam hati berbisik, 'patutlah ramai yang datang'. selepas itu saya menjadi hairan. kenapa mereka membeli barang yang mendapat potongan yang sedikit sedangkan lagi menguntungkan jikalau mereka mengambil dan membeli pakaian yang mempunyai potongan harga yang tinggi. setelah diperhati dengan lebih lama, ternyata mereka ini lebih senang memakai baju yang mendapat potongan yang sedikit itu sedang mereka tahu yang baju itu amatlah nipis dan tidak sesuai digunakan untuk tempoh yang lama. persoalan timbul, mengapa perangai manusia semakin hari semakin aneh lagi menghairankan?! mereka lebih mengemari yang tidak tahan lama sedangkan yang lebih berkualiti lagi tahan lama itu menanti mereka?! begitu juga situasi yang berlaku ketika bersembahyang di mana-mana tidak kira samada di masjid, surau, dan sebagainya.. manusia dewasa kini lebih suka bersembahyang bersendirian sedang mereka ketahui sembahyang berjemaah itu lebih afdal, lebih banyak fadhilatnya jikalau bersembahyang bersendirian. di zaman rasulullah, jikalau seseorang itu belum menunaikan solat, maka akan diketuknya pintu setiap rumah yang ada di sana lalu bertanya kepada penghuni rumah samada sudah bersembahyang ataupun belum. kerana apa para sahabat ini berbuat demikian?! kerana mereka ingin solat secara berjemaah.. lihatlah perbezaan yang begitu ketara jika kita membandingkan situasi ini. astaghfirullah al azim. di manakah letaknya nilai iman itu? di manakah letaknya nilai perpaduan itu? solat berjemaah itu menguatkan nilai Iman seseorang, dapat menguatkan lagi perpaduan antara umat Islam khususnya. ramai sarjana Islam memberi pendapat, jikalau kita mahu mengalahkan rejim laknatullah itu, sembahyang subuh berjemaah harus bersamaan dengan sembahyang jumaat. lihatlah betapa pentingnya solat berjemaah ini. diharapkan kita semua dapatlah menunaikan ibadah ini secara berjemaah. tidak tahu berdoa dalam bahasa arab tidak mengapa, asal dapat berjemaah sudahlah..
Wednesday, 23 January 2013
Permata Hati?!
antara permata dengan kaca. mana satu yang paling bernilai?! sudah tentu ramai yang akan menjawab permata bukan? hanya mereka yang tuli sahaja yang akan berkata kaca lah yang bernilai. benda yang bernilai sudah pasti akan dijaga rapi. disimpan di tempat yang paling selamat dan sudah pasti benda itu akan berada jauh daripada bahaya. tapi kini. masih adakah mereka yang betul-2 menjaga permata ini? apa yang saya maksudkan disini ialah, sebuah hadiah, sebuah anugerah yang diberikan oleh Allah kepada kita, iaitu ANAK. ye, bunyinya biasa sahaja. tiada yang pelik atau mengkagumkan pada perkataan itu. tidak dapat dinafikan. anak merupakan sebuah permata hati yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya. bukan semua dapat menikmati anugerah yang penuh istimewa lagi berharga ini. ada yang sudah berkahwin bertahun-tahun namun masih belum lagi menerimanya. namun dewasa kini, begitu ramai golongan 'ibu bapa muda' yang sesuka hati mereka membuang anak-anak mereka dan membunuhnya tanpa berperikemanusiaan. di manakah nilai kasih sayang itu pergi? di manakah nilai berperikemanusiaan itu pergi? kita seolah-olah kembali ke zaman jahiliyah di mana sesuka hatinya kita membunuh anak-anak kecil yang mempunyai hak untuk menikmati dunia, yang mempunyai hak untuk membesar dan berlakunya zina secara berleluasa. hendak disalahkan siapa di atas perkara yang berlaku ini? sungguh kasihan dan sedih hati ini setiap kali melihat di dada-dada akhbar berita mengenai pembuangan bayi, zina dan sebagainya. seolah-olah sudah tiada lagi cahaya kebenaran, cahaya kesedaran di dalam diri anak-anak muda pada masa kini. segala gegala sosial yang berlaku dewasa kini semakin lama semakin parah. ibu bapa seharusnya bijak dalam mendidik anak-anak mereka. jangan menggunakan alasan kurangnya masa dalam memberi perhatian terhadap anak-anak kerana alasan itu amatlah tidak munasabah sama sekali. sesungguhnya anak-anak yang diberikan merupakan suatu ujian kepada kita, merupakan suatu dugaan kepada kita. mampukah kita membina sebuah keluarga yang bahagia? mampukah kita mencipta sebuah umat yang berpandukan kepada Islam? yang berpaksikan kepada Islam?!itu tujuan sebenarnya Allah memberikan kita sebuah permata yang diberi nama anak itu. kita seharusnya mendidik anak berlandaskan Islam sejak mereka kecil lagi. tunjukkan nilai-nilai dan juga akhlak yang murni sejak mereka kecil supaya mereka dapat mencontohinya. bak kata pepatah, melentur buluh biarlah pada rebungnya. dalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum menjerumuskan diri ke alam yang penuh dengan cabaran ini. moga-moga kita semua dapat melahirkan generasi yang mengikuti Islam secara keseluruhannya, insyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)




