blog yang dimiliki oleh seorang remaja yang sedang mencari identitinya di atas alam yang penuh dengan tipu helah ini.. perbagai rintangan yang harus dihadapinya untuk beliau mencari siapa dirinya dan tujuannya berada di muka bumi ini.. diselitkan juga cerita dari hatinya yang sering berkata-kata.. hidup ini takkan indah jikalau tiada kesusahan dan juga ujian kan?!
Wednesday, 27 February 2013
Sedikit Yang Banyak Dengan Banyak Yang Sedikit,. Mana Satu Yang Menjadi Rebutan?!
satu hari, semasa saya pergi berjalan-jalan bersendirian di sebuah shopping mall yang agak terkenal di ibu kota, terlihat satu kedai itu mendapat perhatian yang begitu menakjubkan daripada sekumpulan manusia yang berpusu-pusu ingin membeli barang keperluan mereka. saya tertarik untuk melihat, lalu saya pun pergi ke kedai itu untuk melihat sendiri ape yang sebenarnya berlaku. semasa saya memasukinya, saya lihat kedai itu membuat potongan bagi setiap pakaian yang mereka jual dan setiap potongan itu berbeza mengikut jenis pakaian. dalam hati berbisik, 'patutlah ramai yang datang'. selepas itu saya menjadi hairan. kenapa mereka membeli barang yang mendapat potongan yang sedikit sedangkan lagi menguntungkan jikalau mereka mengambil dan membeli pakaian yang mempunyai potongan harga yang tinggi. setelah diperhati dengan lebih lama, ternyata mereka ini lebih senang memakai baju yang mendapat potongan yang sedikit itu sedang mereka tahu yang baju itu amatlah nipis dan tidak sesuai digunakan untuk tempoh yang lama. persoalan timbul, mengapa perangai manusia semakin hari semakin aneh lagi menghairankan?! mereka lebih mengemari yang tidak tahan lama sedangkan yang lebih berkualiti lagi tahan lama itu menanti mereka?! begitu juga situasi yang berlaku ketika bersembahyang di mana-mana tidak kira samada di masjid, surau, dan sebagainya.. manusia dewasa kini lebih suka bersembahyang bersendirian sedang mereka ketahui sembahyang berjemaah itu lebih afdal, lebih banyak fadhilatnya jikalau bersembahyang bersendirian. di zaman rasulullah, jikalau seseorang itu belum menunaikan solat, maka akan diketuknya pintu setiap rumah yang ada di sana lalu bertanya kepada penghuni rumah samada sudah bersembahyang ataupun belum. kerana apa para sahabat ini berbuat demikian?! kerana mereka ingin solat secara berjemaah.. lihatlah perbezaan yang begitu ketara jika kita membandingkan situasi ini. astaghfirullah al azim. di manakah letaknya nilai iman itu? di manakah letaknya nilai perpaduan itu? solat berjemaah itu menguatkan nilai Iman seseorang, dapat menguatkan lagi perpaduan antara umat Islam khususnya. ramai sarjana Islam memberi pendapat, jikalau kita mahu mengalahkan rejim laknatullah itu, sembahyang subuh berjemaah harus bersamaan dengan sembahyang jumaat. lihatlah betapa pentingnya solat berjemaah ini. diharapkan kita semua dapatlah menunaikan ibadah ini secara berjemaah. tidak tahu berdoa dalam bahasa arab tidak mengapa, asal dapat berjemaah sudahlah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment