blog yang dimiliki oleh seorang remaja yang sedang mencari identitinya di atas alam yang penuh dengan tipu helah ini.. perbagai rintangan yang harus dihadapinya untuk beliau mencari siapa dirinya dan tujuannya berada di muka bumi ini.. diselitkan juga cerita dari hatinya yang sering berkata-kata.. hidup ini takkan indah jikalau tiada kesusahan dan juga ujian kan?!
Monday, 22 April 2013
Anak Penyu Yang Baru Menetas?!
terlihat di kaca televisyen, satu dokumentari mengenai seekor makhluk yang hampir pupus yang bergelar sang penyu. dari situ, kita dapat melihat bagaimana cara membiaknya, nama-nama saintifik bagi haiwan itu, apa yang dimakannya dan sebagainya. selepas semua itu ditunjukkan, maka terlihatlah seekor penyu yang mendarat di tepi pantai lalu ia mengorek pasir yang berada di pantai itu lalu ia pun mengeluarkan telurnya. seekor penyu boleh mengeluarkan beratus-ratus telur pada satu masa. amat mengagumkan. setelah masanya tiba, maka mereka pun akan menetas. masing-masing berada di dalam tempat yang sama, iaitu berada di dalam pasir di tepi pantai. setelah mereka menetas, masing-masing akan keluar dari tempat yang sama lalu bertempiaran lah mereka menuju ke laut. walaupun tempat yang sama, tapi berbeza laluannya. ada yang selamat, ada yang tidak. ada yang mati di pertengahan jalan, ada yang belum berusaha tapi sudah kecundang. begitulah jua nasib yang menimpa kita yang bergelar manusia ini. bermula dari campuran setitis mani dan juga sebuah telur yang begitu seni sekali, lalu kita pun dilahirkan. selepas proses itu semua berlaku, kita pun memulakan kehidupan kita di alam yang penuh tipu daya ini. ada yang berjaya, ada yang tidak. ada yang capai kerjaya, ada yang tewas begitu saja. semuanya sebenarnya bergantung kepada kita juga. adakah kita gagah untuk menempuhi kehidupan yang penuh dengan panca roba serta penuh dengan penipuan ini?! tanya pada diri, dan jangan bertanyakan kepada orang lain kerana mereka bukannya kenal kita dengan sebenar-benarnya. bukan mudah untuk mencapai kejayaan di dunia ini. apatah lagi di alam akhirat. jikalau didunia sendiri kita sudah kecundang, apatah lagi di akhirat sana. masing-masing yang memilih jalan tersendiri. ada yang melalui jalan dengan penuh kesenangan. ada juga yang menempuhi kepayahan dahulu baru sampai ke puncak. setiap yang kita tempuhi kita hendaklah menanggungnya dengan sendiri. tiada sesiapa yang sudi membantu kita MELAINKAN diri kita sendiri kerana mereka yang lain pun mempunyai dugaan dan cabaran yang harus mereka tempuhi. apabila kita tiada pengharapan, bergantunglah kita kepada tali agama, iaitu ISLAM. apabila kita menyerahkan diri kita kepada Allah, maka Dia akan memudahkan jalan bagi kita. tempuhilah segala duri onak dugaan itu dengan hati yang terbuka kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. dugaan dan cabaran yang kita alami ini sebenarnya membuatkan kita lebih mengenali tujuan kita hidup di muka bumi ini. sama-samalah kita bermuhasabah diri supaya kita menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bertawaduk dalam menjalani kehidupan seharian kita ini, insyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
