Thursday, 28 March 2013

Kecilnya Ular, Besarnya Naga?!

semasa kecil, saya sering melihat kartun. sanggup bangun di awal pagi semata-mata ingin melihat kartun kegemaran. dari pagi hingga ke larut petang. begitu lah aktiviti yang selalu dilakukan setiap kali tibanya cuti sekolah. ada satu cerita, tak ingat ape tajuknya, bagaimana seekor naga yang begitu besar menjadi raja. semua tunduk dan patuh kepadanya. dia memerintah kawasan itu seperti seorang diktator yang kejam. banyak haiwan memberitahu, dahulu semasa naga yang kejam itu kecil, dia merupakan seekor makhluk yang begitu baik sekali. peramah, sopan santun. tapi setelah kemangkatan ayahandanya, beliau mula berubah sikap. dari seekor haiwan yang peramah, menjadi pemarah. dari seekor haiwan yang baik hati, menjadi busuk hati, sering dengki, hasut menghasuti, sering membuat perkara yang keji dan sebagainya. tiba-2, semasa saya sedang termenung bersendirian di taman permainan, saya teringat kata-kata daripada rakan saya. beliau berkata, 'dulu manager tu time jadi macam kita, bukan main baik lagi, kita cakap semua dia dengar. tapi tu lah, bila dah jadi manager, mula lah naik kepala. dari rajin jadi malas. dari hormat kawan jadi kurang ajar.' saya hanya tersenyum melihat dia bercerita. kemudian dia menambah. 'manusia ni, kalau kau nak tengok perangai sebenar dia, kau uji dengan dua benda ni je. dua benda ni je yang boleh buat kita nampak perangai sebenar manusia tu. kau nak tahu tak?.' saya hanya mengangguk. beliau menyambung, 'pertama, kau bagi dia duit. yang kedua, kau bagi dia pangkat. bila kau bagi dua benda ni dekat sapa-sapa, tak kira lah kawan baik kau ke, saudara terdekat kau ke, nanti kau dapat lah tengok perangai sebenar dia macam mana. manusia ni, mana boleh tahan kalau dapat duit dengan pangkat kan? nanti kalau dah dapat dua benda ni, mula lah gila kuasa, tamakkan harta. dia pikir macam dunia ni dia yang punya padahal dia tak sedar, semua ni sementara je. aku nak tengok, berapa lama dia boleh bertahan dengan semua ni.' kemudian saya hanya ketawa bagi mengambil hatinya lalu saya menyuruhnya mengucap dan bersabar. ada betulnya apa yang dikatakan oleh rakan saya itu. kita ambil contoh, bagaimana Qarun dengan hartanya. dia dikurniakan oleh Allah dengan pangkat, harta, kemewahan dan sebagainya. dia mendapat keselesaan di dunia. guru saya pernah berkata, kunci gudang miliknya begitu banyak sehinggakan berpuluh-puluh unta terpaksa mengangkutnya. bayangkan betapa kayanya dia. tapi kasihan, nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya itu di sia-sia kan. dia enggan menolong orang yang susah, dia enggan membayar zakat hingga akhirnya dia di tenggelamkan oleh Allah di dalam perut bumi bersama-sama dengan hartanya. ingatlah, sesungguhnya, setiap yang berlaku itu adalah ujian dariNya. miskin itu ujian, buruk itu ujian, gagal periksa itu ujian. harus di ingat juga, cantik itu sebenarnya ujian, kaya itu ujian, lulus cemerlang dalam peperiksaan itu juga ujian. di kala kita susah, Allah ingin melihat kita, sama ada kita meminta pertolongan Dia atau tidak. begitu juga ketika kita senang, ketika kita bahagia. berapa ramai manusia yang menjadi kaya raya tapi lupa kepada penciptaNya?! hanya segilintir sahaja yang mengingatiNya. usahlah kita menjadi begitu. tidak kira senang ataupun susah, sentiasa lah kita mengingati Allah agar hidup kita sentiasa mendapat perlindungan dariNya di dunia dan akhirat, IN SHAA ALLAH...

Wednesday, 20 March 2013

Beratnya Menjadi Seorang Jeneral Askar..



apabila sesebuah negara diserang, maka raja akan mengarahkan seseorang untuk menjadi jeneral bagi mengetuai kumpulan tersebut. askar ini pula hanya akan bertindak apabila mendengar arahan daripada ketua tadi. apabila mereka bertindak tanpa mengikut arahan daripada seorang ketua, nescaya kumpulan ini akan hancur dan musnah dengan mudah di tangan musuh. menjadi seorang jeneral ini pula bukannya mudah. kita terpaksa memikul tanggungjawab yang besar kerana segala perkara berada di tangan kita. bila kita perlu menyerang, bila kita perlu bertahan, segalanya berada  dalam genggaman tangan kita. apabila kita gagal mengunakan segala yang ada pada kita, nescaya kita akan menyesal kerana kita telah mengorbankan askar-askar kita yang tidak berdosa. begitu juga dengan kehidupan kita ini. apa kaitannya hidup ini dengan seorang jeneral?! tentu persoalan itu muncul di fikiran kita kan. disini, saya ingin memfokuskan atau mengkhususkan kepada kaum lelaki. apabila kita berkahwin, maka segala perbuatan, perkataan, niat para isteri menjadi tanggungjawab dan ditanggung oleh kita. apabila kita lalai menjaga isteri kita, di akhirat kelak, mereka ini akan menuntut dan boleh mengheret kita ke neraka. tidak kira lah kita ini ketika di dunia merupakan seorang ulamak, seorang tok guru, wali dan sebagainya, apabila kita lalai dalam menjaga isteri kita, maka mereka boleh mengheret kita ke dalam neraka Allah. apatah lagi jika kita mempunyai anak. apabila seseorang manusia itu dilahirkan di dunia, mereka akan menjadi seperti sebuah kain putih yang bersih dan suci. tiada dosa dan cela pada mereka. maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencorak dan mewarnai kain itu. bagaimana caranya?? hendaklah kita mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Allah. kita hendaklah mengikut susunan atau aturan Islam. kita tidak boleh sesuka hati dalam mendidik anak. mereka ini akan mengikut segala yang kita lakukan. oleh itu, hendaklah kita menunjukkan segala nilai murni dan akhlak yang berlandaskan syariat. bukan mudah untuk menjadi seorang ibu atau bapa ini. kita hendak mendidik MANUSIA, dan bukannya HAIWAN. semua manusia berniat hanya satu, iaitu ingin memasuki Syurga tetapi setiap manusia berbeza caranya. kita perlu mengikut kaedah Islam, dengan cara mengamalkan amal makruf nahi mungkar. barulah kita mampu untuk hidup dengan selesa di akhirat kelak. bukan semuanya manis apabila kita sudah berkahwin. ada juga dukanya. oleh itu, kita hendaklah menguatkan diri dengan agama dahulu sebelum kita mendirikan rumah tangga kerana tanggungjawab dan bebanan yang besar menanti kita apabila kita sudah berkahwin nanti.