Thursday, 25 October 2012

Mencari Jodoh?!


seringkali kita mendengar seseorang berkata begini ketika hendak mencari pasangan, baik lelaki mahupun wanita, "nak carilah lelaki yang sempurna" , "nak carilah perempuan yang sempurna".. aku nak cari seseorang yang pandai ambil hati aku, romantik, penyayang, baik hati dan lain-lain.. senang cerita, memang ingin mencari yang terbaik dan sempurna ala-2 ingin mencari romeo atau juliet di zaman yang serba moden ini.. jikalau ada sedikit kekurangan pada orang itu, dengan serta merta akan ditolak menjadi kekasih.. tetapi, sedarkah kita, adakah kita layak untuk mendapatkan seseorang seperti itu berdasarkan apa yang ada pada diri kita?! untuk apa mencari yang sempurna jikalau diri ini serba tak kena? untuk apa mencari yang sempurna jikalau yang sederhana ini mampu untuk memberikan kita sebuah kebahagiaan?! sesungguhnya setiap pasangan yang dihantarkan kepada kita itu adalah untuk melengkapkan diri kita yang serba kekurangan ini.. sebab itu lelaki dan wanita saling memerlukan antara satu sama lain bagi melengkapi hidup ini.. usah melihat pasangan lain yang kononnya sedang berbahagia, yang kononnya bertuah memiliki ciri-ciri yang di idam-idamkan kerana pasti setiap perhubungan itu mesti akan berlakunya pergaduhan dan perselisihan pendapat.. lautan mana yang tidak pernah dilanda badai?! sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan percintaan yang dibina.. bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita dan janganlah meratapi di atas apa yang berlaku, di atas apa yang terjadi kepada kita..

Friday, 19 October 2012

Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik?!




lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang keji untuk perempuan yang keji.. suatu masa dahulu saya sibuk membincangkan mengenai perkara ini dengan sahabat saya.. kononnya apabila kita dapat bercinta dengan wanita yang baik,, kita sudah menjadi lelaki yang sempurna,, lelaki yang baik.. tapi ingatlah,, tidak semua manusia yang kita cintai itu akan betul-betul menjadi milik kita.. adakalanya kita setia,, lalu kita dipermainkan.. adakalanya kita selalu bermain kayu tiga.. tetapi akhirnya nanti kita akan kembali kepada wanita yang mula-mula kita cintai itu atau dalam erti kata lain,, cinta pertama kita itu.. usah berbangga memiliki kekasih yang kononnya baik itu,, yang kononnya sempurna itu,, yang kononnya mampu membimbing kita itu, kelak nanti pada suatu masa, dia akan pergi jua meninggalkan kita.. dahulunya saya sibuk berbangga dengan 'pencapaian' saya itu,, berjaya memiliki wanita yang baik, berjaya memiliki wanita yang sempurna, berjaya memiliki wanita yang layak untuk dijadikan sebagai bidadari dunia ini, namun pada akhirnya cinta yang diputik itu kecundang begitu sahaja.. kehadirannya umpama sebuah pelangi senja, walaupun menenangkan, walaupun membahagiakan, tetapi ianya sementara cuma.. kehadirannya memberi seribu satu kesan kepada saya.. menyedarkan saya daripada lamunan yang lama,, mengejutkan saya daripada tidur yang penuh tipu daya.. jikalau dulu saya sering berkata-kata mengenai perkara ini kepada sahabat saya namun apabila saya melaluinya,, saya terlupa mengenai kata-kata yang sering saya katakan ini.. akhirnya saya tersedar, sesungguhnya jodoh kita itu akan sama sahaja seperti kita.. jikalau kita baik, maka baiklah si dia.. jikalau kita jahat, maka jahatlah si dia.. jadi lihatlah pasangan anda itu, kemudian nilailah dia dengan pandangan yang sebenar-benarnya.. pandangan dari mata hati yang suci.. lalu bermuhasabah lah.. lihatlah sejauh mana dia dengan Penciptanya, sedalam mana cintanya kepada agamanya.. sesayang mana dia kepada ibu bapanya.. jangan dilihat pada paras rupanya sahaja,, jangan dilihat pada hartanya sahaja.. kerana itu semua hanyalah tipu helah yang nyata sahaja jikalau kamu mengetahuinya.. sebaiknya dekatkanlah diri itu kepada agama sebelum kita mahu mencintai manusia...

Friday, 12 October 2012

Cinta?!



cinta~~ apakah itu cinta menurut pandangan kamu?! cinta itu adalah suatu perasaan yang wujud di dalam diri setiap manusia.. malah sejak kita lahir lagi kita sudah mengetahui serta merasai nikmatnya bercinta itu.. namun seringkali perasaan ini dipermainkan oleh golongan-golongan yang kononnya cerdik pandai mengenai bab ini.. inilah 'diari' yang sering sahaja berlaku setiap kali setiap insan yang bergelar manusia itu bercinta.. semasa sedang berada di alam percintaan,, satu alam di mana kita rasa ada insan lain yang menyayangi kita,, semuanya akan nampak indah belaka,, tiada cacat mahupun cela di mata kita.. ada juga yang mengatakan kalau kentut pun terasa wanginya.. namun apabila sudah terputusnya ikatan yang dikatanya begitu itu,, mulalah mengutuk mengata,, semuanya jadi serba tak kena.. yang indah mula lah menjadi huru hara.. untuk apa bercinta jikalau sekadar ingin terluka?! untuk apa bercinta jikalau diri itu belum bersedia?! ada pasangan yang kononnya berkata,, mereka bercinta di awal usia ini tujuannya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memilih jodoh awal-awal supaya tidak dilabel sebagai anak dara tua ataupun anak teruna tua.. tapi kita juga harus ingat,, setiap manusia itu sudah ditetapkan jodohnya sejak azali lagi.. tidak perlulah menjadi haru biru,, menjadi Jiwa Kacau (JK) setiap kali terputusnya percintaan itu.. setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya..ingatlah.. Allah tidak akan suka-suka menurunkan Hujan di tengah hari kerana Dia ingin memberikan kita sebuah Pelangi.. ambillah pengajaran dan juga iktibar di atas apa yang telah berlaku itu.. ini juga membuktikan bahawa kita sebenarnya sudah salah mencintai seseorang.. teguhkan diri melawan cubaan dunia,, melawan dugaan dunia, sebelum menempuhkan diri menerusi alam percintaan ini.. utamakan dahulu cintakan agama,, cintakan ibu bapa,, sebelum cintakan manusia.. manusia yang baik itu jodohnya pasti seorang yang baik juga.. tidak perlulah risau.. ambillah pengajaran di atas apa yang di sampaikan ini.. jangan di lihat siapa yang menyampaikan,, akan tetapi lihatlah apa yang disampaikannya...


Monday, 8 October 2012

Sesuatu yang Telah Bermula ...

assalamualaikum pembuka bicara,,
saya tujukan kepada semua,,
jikalau ada terkasar bahasa,,
beribu-ribu ampun dipinta..

okay,, this is my first post.. aku membuat blog ni atas rasa hati aku yang sentiasa berbisik dan berkata-kata.. aku tak tahu nak luahkan dekat sape sebab aku tatau nak luahkan dekat sape so aku pon suruh lah kawan aku buatkan blog untuk aku supaya senang aku nak luahkan segala kata-kata yang berbisik dari hati ini (sebab itu nama blog ini siulan hati).. blog ini lebih kurang seperti diari hati aku.. insyaAllah kalau aku rajin aku akan update seminggu sekali.. kalau idea datang mencurah-curah hari-hari aku tulis,, hehe.. aku buat blog ini bukan untuk mendapatkan beribu-ribu followers dan sebagainya.. tetapi aku buat blog ini atas dasar suka-suka.. blog ini akan memuatkan segala perkataan,, segala perkara yang datangnya daripada hati aku,, ditulis dengan tangan dan di post dengan internet.. aku tak mengharapkan sapa-sapa pun untuk membacanya kerana aku buat ni atas dasar suka-suka (sekali lagi aku sebut atas dasar suka-suka sebab aku tanak orang pikir lain macam pasal aku,, harap maklum).. aku rasa dah panjang sangat kot post yang aku tulis ni.. len kali kalau ada masa aku akan tulis lagi dekat sini,, sekian......

Saturday, 6 October 2012

digodam oleh

wakakak
seronok godam?
yeahh!! skang ni blog ni jadi hak aku,(paduka)
sat gi nak kene serah secara rasminya kat tuan blog yang konon yer tabah giler
puihhh!!

kepada tuan blog (inchee tacink)
sorry, blog ni aku rasmikan post yer, hahha
pastu sorry design buruk. alaaa.. x puas hati tukar je la, apa susah kan?
pastu sorry errr,, ak saja wat lmbat2 ko nyer blog,
pastu ehmmm aku rasa ko patut blanja aku
sebab ak terpaksa luangkan masa ak tok tunaikan hajat ko
jadi seorang blogger, hahhaha
dan perkara penting, ko x yah la tutup telinga.. ak nak cakap ni
SILA LAH FOLLOW BLOG AKU,
pastu ceeehhhh bertambah retis ko, ok lah chaw., jaga blog elok2

hahhahaha!
chaw!!
assalam