lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang keji untuk perempuan yang keji.. suatu masa dahulu saya sibuk membincangkan mengenai perkara ini dengan sahabat saya.. kononnya apabila kita dapat bercinta dengan wanita yang baik,, kita sudah menjadi lelaki yang sempurna,, lelaki yang baik.. tapi ingatlah,, tidak semua manusia yang kita cintai itu akan betul-betul menjadi milik kita.. adakalanya kita setia,, lalu kita dipermainkan.. adakalanya kita selalu bermain kayu tiga.. tetapi akhirnya nanti kita akan kembali kepada wanita yang mula-mula kita cintai itu atau dalam erti kata lain,, cinta pertama kita itu.. usah berbangga memiliki kekasih yang kononnya baik itu,, yang kononnya sempurna itu,, yang kononnya mampu membimbing kita itu, kelak nanti pada suatu masa, dia akan pergi jua meninggalkan kita.. dahulunya saya sibuk berbangga dengan 'pencapaian' saya itu,, berjaya memiliki wanita yang baik, berjaya memiliki wanita yang sempurna, berjaya memiliki wanita yang layak untuk dijadikan sebagai bidadari dunia ini, namun pada akhirnya cinta yang diputik itu kecundang begitu sahaja.. kehadirannya umpama sebuah pelangi senja, walaupun menenangkan, walaupun membahagiakan, tetapi ianya sementara cuma.. kehadirannya memberi seribu satu kesan kepada saya.. menyedarkan saya daripada lamunan yang lama,, mengejutkan saya daripada tidur yang penuh tipu daya.. jikalau dulu saya sering berkata-kata mengenai perkara ini kepada sahabat saya namun apabila saya melaluinya,, saya terlupa mengenai kata-kata yang sering saya katakan ini.. akhirnya saya tersedar, sesungguhnya jodoh kita itu akan sama sahaja seperti kita.. jikalau kita baik, maka baiklah si dia.. jikalau kita jahat, maka jahatlah si dia.. jadi lihatlah pasangan anda itu, kemudian nilailah dia dengan pandangan yang sebenar-benarnya.. pandangan dari mata hati yang suci.. lalu bermuhasabah lah.. lihatlah sejauh mana dia dengan Penciptanya, sedalam mana cintanya kepada agamanya.. sesayang mana dia kepada ibu bapanya.. jangan dilihat pada paras rupanya sahaja,, jangan dilihat pada hartanya sahaja.. kerana itu semua hanyalah tipu helah yang nyata sahaja jikalau kamu mengetahuinya.. sebaiknya dekatkanlah diri itu kepada agama sebelum kita mahu mencintai manusia...
blog yang dimiliki oleh seorang remaja yang sedang mencari identitinya di atas alam yang penuh dengan tipu helah ini.. perbagai rintangan yang harus dihadapinya untuk beliau mencari siapa dirinya dan tujuannya berada di muka bumi ini.. diselitkan juga cerita dari hatinya yang sering berkata-kata.. hidup ini takkan indah jikalau tiada kesusahan dan juga ujian kan?!
Friday, 19 October 2012
Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik?!
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang keji untuk perempuan yang keji.. suatu masa dahulu saya sibuk membincangkan mengenai perkara ini dengan sahabat saya.. kononnya apabila kita dapat bercinta dengan wanita yang baik,, kita sudah menjadi lelaki yang sempurna,, lelaki yang baik.. tapi ingatlah,, tidak semua manusia yang kita cintai itu akan betul-betul menjadi milik kita.. adakalanya kita setia,, lalu kita dipermainkan.. adakalanya kita selalu bermain kayu tiga.. tetapi akhirnya nanti kita akan kembali kepada wanita yang mula-mula kita cintai itu atau dalam erti kata lain,, cinta pertama kita itu.. usah berbangga memiliki kekasih yang kononnya baik itu,, yang kononnya sempurna itu,, yang kononnya mampu membimbing kita itu, kelak nanti pada suatu masa, dia akan pergi jua meninggalkan kita.. dahulunya saya sibuk berbangga dengan 'pencapaian' saya itu,, berjaya memiliki wanita yang baik, berjaya memiliki wanita yang sempurna, berjaya memiliki wanita yang layak untuk dijadikan sebagai bidadari dunia ini, namun pada akhirnya cinta yang diputik itu kecundang begitu sahaja.. kehadirannya umpama sebuah pelangi senja, walaupun menenangkan, walaupun membahagiakan, tetapi ianya sementara cuma.. kehadirannya memberi seribu satu kesan kepada saya.. menyedarkan saya daripada lamunan yang lama,, mengejutkan saya daripada tidur yang penuh tipu daya.. jikalau dulu saya sering berkata-kata mengenai perkara ini kepada sahabat saya namun apabila saya melaluinya,, saya terlupa mengenai kata-kata yang sering saya katakan ini.. akhirnya saya tersedar, sesungguhnya jodoh kita itu akan sama sahaja seperti kita.. jikalau kita baik, maka baiklah si dia.. jikalau kita jahat, maka jahatlah si dia.. jadi lihatlah pasangan anda itu, kemudian nilailah dia dengan pandangan yang sebenar-benarnya.. pandangan dari mata hati yang suci.. lalu bermuhasabah lah.. lihatlah sejauh mana dia dengan Penciptanya, sedalam mana cintanya kepada agamanya.. sesayang mana dia kepada ibu bapanya.. jangan dilihat pada paras rupanya sahaja,, jangan dilihat pada hartanya sahaja.. kerana itu semua hanyalah tipu helah yang nyata sahaja jikalau kamu mengetahuinya.. sebaiknya dekatkanlah diri itu kepada agama sebelum kita mahu mencintai manusia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

haha , wahai sang pelangi indah , untuk seketika , sayang takkulihat ~ jiwang habis mung die pedehei , sekejap , kau ade kawan yang perangan macam aku takk ?? jodohkann ! haha , ouesemmm
ReplyDeleteahahaha.. hang jangan nak gedik lahh..
ReplyDelete