blog yang dimiliki oleh seorang remaja yang sedang mencari identitinya di atas alam yang penuh dengan tipu helah ini.. perbagai rintangan yang harus dihadapinya untuk beliau mencari siapa dirinya dan tujuannya berada di muka bumi ini.. diselitkan juga cerita dari hatinya yang sering berkata-kata.. hidup ini takkan indah jikalau tiada kesusahan dan juga ujian kan?!
Friday, 12 October 2012
Cinta?!
cinta~~ apakah itu cinta menurut pandangan kamu?! cinta itu adalah suatu perasaan yang wujud di dalam diri setiap manusia.. malah sejak kita lahir lagi kita sudah mengetahui serta merasai nikmatnya bercinta itu.. namun seringkali perasaan ini dipermainkan oleh golongan-golongan yang kononnya cerdik pandai mengenai bab ini.. inilah 'diari' yang sering sahaja berlaku setiap kali setiap insan yang bergelar manusia itu bercinta.. semasa sedang berada di alam percintaan,, satu alam di mana kita rasa ada insan lain yang menyayangi kita,, semuanya akan nampak indah belaka,, tiada cacat mahupun cela di mata kita.. ada juga yang mengatakan kalau kentut pun terasa wanginya.. namun apabila sudah terputusnya ikatan yang dikatanya begitu itu,, mulalah mengutuk mengata,, semuanya jadi serba tak kena.. yang indah mula lah menjadi huru hara.. untuk apa bercinta jikalau sekadar ingin terluka?! untuk apa bercinta jikalau diri itu belum bersedia?! ada pasangan yang kononnya berkata,, mereka bercinta di awal usia ini tujuannya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memilih jodoh awal-awal supaya tidak dilabel sebagai anak dara tua ataupun anak teruna tua.. tapi kita juga harus ingat,, setiap manusia itu sudah ditetapkan jodohnya sejak azali lagi.. tidak perlulah menjadi haru biru,, menjadi Jiwa Kacau (JK) setiap kali terputusnya percintaan itu.. setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya..ingatlah.. Allah tidak akan suka-suka menurunkan Hujan di tengah hari kerana Dia ingin memberikan kita sebuah Pelangi.. ambillah pengajaran dan juga iktibar di atas apa yang telah berlaku itu.. ini juga membuktikan bahawa kita sebenarnya sudah salah mencintai seseorang.. teguhkan diri melawan cubaan dunia,, melawan dugaan dunia, sebelum menempuhkan diri menerusi alam percintaan ini.. utamakan dahulu cintakan agama,, cintakan ibu bapa,, sebelum cintakan manusia.. manusia yang baik itu jodohnya pasti seorang yang baik juga.. tidak perlulah risau.. ambillah pengajaran di atas apa yang di sampaikan ini.. jangan di lihat siapa yang menyampaikan,, akan tetapi lihatlah apa yang disampaikannya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment