Friday, 30 November 2012

Mencari Dan Memiliki Yang Berharga Itu Mudah?!


mencari dan memiliki sesuatu yang berharga itu BUKANLAH suatu kerja yang mudah.. yang berharga itu selalunya sukar dicari dan sudah pasti ianya amat bernilai.. contoh yang dapat dilihat.. jikalau kita ingin membeli dan ingin memiliki barang-barang yang bernilai, berjenama dan sudah tentunya mahal seperti Louis, Chanel, Topman, Zara dan sebagainya.. kita perlulah mencarinya di kedai-kedai dan juga butik-butik yang mahal dan yang terpilih sahaja.. benda yang seperti ini tidak mungkin dan amat mustahil untuk didapati di kedai-kedai runcit mahupun di kedai mamak.. justeru itu, apabila kita berjaya memilikinya, kita perlulah menjaganya dengan baik, berhati-hati, dan berkhemah kerana apabila barang itu sudah rosak, menjadi tidak berguna lagi, sudah tentu kita akan merasa suatu penyesalan dan juga kerugian yang amat sangat di dalam diri ini kan?! mencari dan memiliki sahabat yang baik itu samalah juga ertinya dengan mencari dan memiliki barang yang berharga dan berkualiti ini.. untuk kita mendapatkan dan memiliki seorang rakan itu bukanlah satu perkara yang susah.. tegur, bual, kenali dirinya, ajak lepak, dan jadilah suatu perhubungan yang dipanggil sahabat.. TETAPI, untuk kita mencari seorang sahabat yang SEJATI itu bukanlah suatu perkara yang mudah.. Luqman Al-Hakim,, seorang cendikiawan yang begitu mahsyur sehinggakan ada surah mengenainya ada memberikan tips dan beberapa perkara kepada kita ketika hendak mencari rakan.. beliau berkata, jikalau hendak mencari rakan, hendaklah kamu mengujinya terlebih dahulu.. jikalau dia marah, maka tinggalkanlah dia.. sahabat yang sejati itu adalah seseorang yang sanggup menemani kita di kala senang ataupun susah, dikala suka ataupun duka dan seorang yang sabar dalam melayan kerenah kita.. carilah sahabat yang sentiasa menasihati kita ke arah kebenaran, dan bukannya yang sentiasa membenarkan apa sahaja kita lakukan dan katakan.. berhati-hatilah ketika mencari dan memilih rakan kerana rakan juga mencerminkan peribadi kita yang sebenarnya..

Friday, 23 November 2012

Setiap Yang Berlalu Itu Adalah Mudah?!

setiap yang telah berlalu itu akan menjadi lebih mudah dan lebih menyenangkan jikalau kita melakukannya sekali lagi.. ini kerana perkara itu telah kita ketahui, telah kita mengerti bagaimana kita hendak selesaikan, bagaimana kita hendak menyiapkan dan permudahkan.. senario ini sering sahaja berlaku terutamanya sekali kepada para pelajar tidak kira pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah.. pelajar tingkatan 6 berkata SPM senang.. pelajar tingkatan 5 berkata PMR senang, pelajar tingkatan 3 berkata UPSR dan PSRA senang, pelajar darjah 6 berkata tadika senang.. pelajar tadika nak kata ape ?! cikgu, saya nak pergi tandas.. nak membuang?? begitu ?! hehehe.. tapi adakah benda itu kita boleh ulanginya kembali.. jikalau boleh tentu seronok bukan?! alangkah indahnya hidup ini jikalau kehidupan kita juga begitu.. maksudnya, jikalau kita sudah mati, kita minta dihidupkan kembali, sudah tentu kita ingin memperbaiki segala keburukan yang telah kita lakukan itu kan?! kita mahu kehidupan kita ini nampak sempurna saja, kita mahu kehidupan kita ini nampak indah-indah saja,, kita tidak mahu adanya cacat mahupun cela di dalam kehidupan kita ini kan.. Allah tidak akan menghidupkan kita kembali untuk kita memperbaiki segala kesalahan yang pernah kita lakukan.. kerana apa?! sedarkah kita.. segala yang berlaku itu ada hikmahnya.. semua perkara yang telah berlaku dan juga berlalu itu membuktikan bahawa manusia ini tiada yang sempurna.. pakailah make up macam mana sekalipun untuk kelihatan cantik dan sempurna, anda tetap buruk dan hodoh jikalau anda tidak pernah bersembahyang, anda tidak pernah mengaji dan sebagainya.. jika tetap ada yang mengatakan bahawa anda itu cantik, comel, hensem, dan lain-lainnya itu, itu adalah pandangan yang penuh dengan nafsu sahaja.. tiada yang ikhlas di dalam perkataan itu, percayalahh.. jadi untuk 'menyempurnakan' kehidupanmu,, dekatilah agamamu, ikutilah apa yang disuruh dan yang ditegah, nescaya anda akan kelihatan 'sempurna' di mata semua, insyaAllah..

Friday, 16 November 2012

3 Bulan 3 Hari?!


adakah cukup lama masa yang dijadikan sebagai tajuk itu?? bagi saya, ya.. banyak yang boleh kita cipta, banyak yang boleh kita bina selama waktu yang telah ditetapkan di atas.. teringat saya kepada memori yang telah dicipta selama itu.. suka duka, pahit manis yang telah dicipta bersama sehingga sukar untuk dilupakan, sehingga sukar untuk dihilangkan di dalam memori yang senang untuk dimasukkan dan senang untuk dilupakan ini.. semua manusia mesti mahu kembali ke masa silam kan?! semua manusia mesti ingin memperbaiki apa yang telah dilakukan, ingin memperbaiki segala kesilapan agar segala kesalahan dan kesilapan itu dapat kita atasi, dapat kita tangani bukan?!! begitu juga dengan saya.. alangkah indahnya jikalau dapat diputarkan masa itu.. ingin hati ini perbaiki segala kesalahan yang telah dilakukan, ingin perbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan supaya tidak menyesali di kemudian hari.. tapi sedarkah anda?! kenapa masa itu tidak dapat diputarkan kembali?! kenapa masa yang telah lalu itu tidak boleh datang kembali?? bak kata pepatah, yesterday is history, today is reality, tomorrow is mystery.. masa yang telah lalu itu dijadikan sejarah.. untuk apa sejarah itu ada?! untuk apa sejarah itu tercipta?!! perkara yang telah lalu itu kita hendaklah renungi, kita hendaklah insafi bersama.. kerana apa?? benda yang telah lalu itu banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya.. benda yang telah berlalu itu banyak memberi kita makna mengenai pengajaran yang sebenarnya.. benda yang telah berlalu itu adalah sebaik-baiknya guru kerana ia memberi seribu satu keinsafan kepada kita.. kita hendaklah merenungi benda yang telah lalu, bertanya kepada diri, kenapa benda itu boleh terjadi.. bertanya kepada diri, apa kelebihan dan keburukan daripada peristiwa itu.. janganlah kita menyesali dan meratapi di atas benda yang telah berlalu itu.. akan tetapi, ambillah pengajaran dan juga pembelajaran daripada apa yang telah berlaku supaya kita lebih mengenali diri...

Friday, 9 November 2012

Bersendiri Itu Indah?!


berbanggalah anda yang hidupnya bersendirian kerana tiada apa yang perlu anda fikirkan lagi.. tidak perlu memikirkan masa depan yang kononnya akan indah bersamanya.. tidak perlu mereka masa depan yang kononnya akan sempurna bersamanya.. tidak perlu menjaga hati dan perasaan seseorang yang kononnya menjadi pujaan.. tidak perlu berhabis masa, tenaga, duit dan sebagainya demi seseorang yang belum tentu menjadi milik kita.. berbanggalah bersendirian kerana anda seperti seekor burung yang baru sahaja terlepas daripada kurungan.. bebas membuat apa sahaja tanpa perlu memikirkan mengenai hati dan perasaan orang yang kononnya kita jaga, orang yang kononnya kita sayang.. bila bersendirian, kita baru dapat mengenali erti diri, kita baru dapat mengetahui tujuan berada di alam ini, kita baru dapat mengenali Sang Pencipta langit dan bumi ini.. bila bersendiri, kita akan dapat mengetahui kelemahan diri, tujuan asal berada di muka bumi ini.. berapa ramai manusia yang akhirnya mengikuti hawa nafsu dan pemikiran yang tidak matang ekoran terlalu taksub dengan permainan serta penipuan yang berada di persekitaran kita.. sesungguhnya jodoh seseorang manusia itu telah ditetapkan sejak azali lagi.. tidak perlu bermasam muka, tidak perlu menghina mencaci demi merebut seseorang yang kononnya bakal menjadi isteri atau suami kita.. jodoh itu tidak perlu dicari, malah jodoh itu sendiri yang akan datang kepada kita.. tidak perlulah mensibukkan diri mencari benda yang sudah pasti tetapi belum lagi kita miliki.. seeloknya kita perlulah merancang masa depan, mereka idea yang kreatif dan kritis untuk membina kehidupan yang selesa, kehidupan yang sejahtera pada masa yang akan datang.. soal jodoh itu serahkanlah pada yang Maha Esa kerana Dialah yang Maha Bijak membuat perancangan mengenai manusia yang menjadi hambaNya..

Thursday, 1 November 2012

Pantasnya 5 Tahun Itu?!




pejam celik pejam celik 5 tahun sudah berlalu begitu sahaja meninggalkan kita.. masa yang berlalu itu terasa begitu pantas berlalu walaupun seminit itu sudah terasa lamanya.. perbagai kenangan yang dapat dibina sepanjang 5 tahun ini.. suka duka, riang, gelak tawa, tangis hiba, kecewa dan sebagainya.. jikalau manusia, usia 5 tahun itu sudah boleh membaca, mengira, menulis, menghafaz Al-Qur'an dan sebagainya.. betapa bernilainya masa itu jikalau kamu mengetahuinya.. dan jikalau kita menjadi seorang tentera,, lebih-lebih lagi seorang yang berpangkat jeneral, satu saat itu adalah lebih bernilai daripada segalanya.. satu saat itulah yang menentukan nasib negara.. satu saat itulah yang menentukan menang atau kalahnya sesuatu peperangan yang disertainya.. sesungguhnya masa itu adalah lebih bernilai daripada emas dan juga permata.. Allah juga pernah berkata mengenai masa.. DIA berkata,, sesungguhnya manusia ini berada di dalam kerugian.. kerugian yang macam mana?! sesungguhnya kita ini manusia berada di dalam kerugian berkaitan dengan masa.. masa yang berjalan itu kita buang, kita bazirkan begitu sahaja.. kaya sangatkah kita ini sehingga suka sangat membazir?! sesungguhnya masa yang telah berlalu itu apa yang kita telah lakukan?! adakah masa yang telah berlalu itu memberi manfaat kepada kita?? adakah masa yang telah berlalu itu memberi pengajaran kepada kita??! masa yang sedang dilalui, apa yang sedang kamu lakukan?! adakah kamu sedang mengajar atau diajar pada ketika ini? adakah masa yang berlalu itu ada memberi kesan, ada memberi peringatan terhadap masa yang sedang kita lalui ini? manakala masa yang akan datang, adakah kamu sudah bersedia menghadapinya?! adakah kamu sudah merancang untuk melaluinya?! atau dibiarkan sahaja masa itu berlalu seperti mana berlalunya masa-masa yang telah lepas tadi??! pilihan berada di tangan kita sendiri.. tiada siapa yang mampu menolong mahupun membantu.. tapi ingat.. orang yang berjaya adalah orang yang selalu merancang.. orang yang gagal adalah orang yang gagal merancang.. antara orang berilmu yang tidak suka merancang dengan iblis yang sentiasa merancang, sudah pasti kemenangan akan berada di tangan iblis lalu akan tersesatlah orang yang berilmu itu tadi jikalau dia tidak mempunyai perancangan.. gunakanlah masa dengan sepenuhnya dan sewajarnya supaya kita tidak berada dalam kalangan manusia-manusia yang kerugian..