blog yang dimiliki oleh seorang remaja yang sedang mencari identitinya di atas alam yang penuh dengan tipu helah ini.. perbagai rintangan yang harus dihadapinya untuk beliau mencari siapa dirinya dan tujuannya berada di muka bumi ini.. diselitkan juga cerita dari hatinya yang sering berkata-kata.. hidup ini takkan indah jikalau tiada kesusahan dan juga ujian kan?!
Thursday, 25 October 2012
Mencari Jodoh?!
seringkali kita mendengar seseorang berkata begini ketika hendak mencari pasangan, baik lelaki mahupun wanita, "nak carilah lelaki yang sempurna" , "nak carilah perempuan yang sempurna".. aku nak cari seseorang yang pandai ambil hati aku, romantik, penyayang, baik hati dan lain-lain.. senang cerita, memang ingin mencari yang terbaik dan sempurna ala-2 ingin mencari romeo atau juliet di zaman yang serba moden ini.. jikalau ada sedikit kekurangan pada orang itu, dengan serta merta akan ditolak menjadi kekasih.. tetapi, sedarkah kita, adakah kita layak untuk mendapatkan seseorang seperti itu berdasarkan apa yang ada pada diri kita?! untuk apa mencari yang sempurna jikalau diri ini serba tak kena? untuk apa mencari yang sempurna jikalau yang sederhana ini mampu untuk memberikan kita sebuah kebahagiaan?! sesungguhnya setiap pasangan yang dihantarkan kepada kita itu adalah untuk melengkapkan diri kita yang serba kekurangan ini.. sebab itu lelaki dan wanita saling memerlukan antara satu sama lain bagi melengkapi hidup ini.. usah melihat pasangan lain yang kononnya sedang berbahagia, yang kononnya bertuah memiliki ciri-ciri yang di idam-idamkan kerana pasti setiap perhubungan itu mesti akan berlakunya pergaduhan dan perselisihan pendapat.. lautan mana yang tidak pernah dilanda badai?! sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan percintaan yang dibina.. bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita dan janganlah meratapi di atas apa yang berlaku, di atas apa yang terjadi kepada kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment