Friday, 14 June 2013

Subuh Yang Kini...



Setelah lama aku menyepi
Kini aku kembali
Setelah lama aku tenggelam
Kini aku sudah berada di atas permukaan
Perbagai jenis kegelapan yang telah aku harungi
Kini aku sudah berada di atas cahaya hakiki
Betapa berharganya sebuah kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini
Betapa ruginya diri andai disia-siakan nyawa yang datang hanya sekali ini
Namun berapa ramai yang mengerti
Berapa ramai yang menyedari perkara ini
Bila sudah terhenti waktu yang diberi
Barulah timbul rasa penyesalan yang menggunung di dalam diri?
Adakah pada ketika itu kita masih lagi diberikan keampunan?
Adakah pada ketika itu kita masih lagi diberikan peluang?
Tanyalah pada diri
Dan janganlah menyesal dikemudian hari
Subuh yang kini
Baru aku mengenali diri
Baru aku mendekati Sang Pencipta diri ini
Betapa hinanya sebuah kehidupan tanpa pengisian rohani
Betapa jijiknya sebuah kehidupan tanpa sebarang erti kesedaran
Subuh yang kini…
Barulah aku sedar……
Tiada gunanya timbul tenggelam
Andai tidak diambil pengajaran
Tiada gunanya akal fikiran
Andai tidak digunakan
Tiada gunanya ilmu seluas lautan
Andai tidak diambil dengan penuh keikhlasan
Aku berterima kasih kepadaMu tuhan
Kerana aku masih lagi diberikan peluang
Untuk aku mencari kelemahan
Untuk aku mencari ilmu pengetahuan
Untuk aku mencariMu tuhan………

No comments:

Post a Comment