Monday, 17 December 2012

Akhlak Atau Akademik?!


seringkali kita mendengar kaum wanita yang rancak berbual-bual di kedai-kedai runcit berdekatan dengan mereka.. antara topik yang sering dibincangkan ialah mengenai kejayaan anak masing-masing setiap kali tibanya waktu keluarnya keputusan peperiksaan yang besar dan juga yang penting seperti UPSR, PSRA, PMR, SPM, STPM, STAM dan sebagainya.. "eh, kau nak tahu, anak aku dapat 5A", "Eh, anak aku lagi pandai.. dia dapat 8A tau dalam PMR". "8A je? anak aku dapat 9A+ lagi tau.. ayahnya siap nak belikan dia hadiah lagi sempena kejayaannya itu".. persoalannya, mengapa begitu ramai ibu bapa hari ini lebih mementingkan pencapaian akademik berbanding akhlak?! memang tidak dapat dinafikan ilmu itu penyuluh hidup, tetapi akhlak itu janganlah dilupakan juga.. kita perlu mengimbangi kedua-dua perkara itu.. manusia yang hidupnya tiada akhlak umpama mayat hidup yang berjalan di muka bumi.. sebab itu di dalam Islam kita wajib belajar tiga perkara ini.. iaitu Tauhid, Feqah dan TASAWUF.. tasawuf ini adalah ilmu yang berkaitan dengan AKHLAK.. adakah mereka (ibu bapa) suka jika suatu hari nanti mereka akan dibiarkan, mereka akan ditinggalkan begitu saja di rumah orang-orang tua dan kebajikan?! peratusan menunjukkan bahawa kebanyakan orang yang sering menghantar orang tua mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang bekerjaya.. jika ditanya mengapa mereka berbuat demikian, dikatanya mereka tiada masa untuk menjaga kedua ibu bapa mereka rentetan sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing.. adakah ibu bapa mereka bersikap demikian terhadap mereka dahulu?! jikalau mereka berbuat demikian, sudah pasti ramai anak-anak yang akan hidup merempat dan terbiar di jalanan.. sesungguhnya seorang ibu itu boleh menjaga 10 orang anaknya tetapi 10 orang anaknya itu belum mampu untuk menjaga seorang ibunya.. kita lihat, berapa ramai pelajar-pelajar yang pintar itu yang begitu sombong terhadap pelajar-pelajar yang biasa itu?! terdapat diskriminasi yang berlaku di dalam alam persekolahan sebenarnya.. pelajar yang bijak berasa malu, berasa jijik untuk berkawan dengan pelajar yang duduk di kelas bawah.. mereka yang pintar ini merasakan bahawa merekalah yang paling berkuasa di dalam sekolah itu.. jadi berlakulah perbezaan darjat di situ.. untuk apa menjadi seorang pelajar yang pintar tetapi menjadi seorang yang kurang ajar?! untuk apa menjadi seorang pelajar yang cemerlang tetapi menjadi seorang yang sombong?! apa perasaan pelajar yang duduk di kelas bawah ini apabila mereka diperlakukan sedemikian?! mereka dijadikan sebagai orang bawahan atau hamba sahaja.. seeloknya hendaklah kita memiliki kedua-duanya.. barulah kita akan dipandang mulia dan disegani oleh semua.. ibu bapa seharusnya menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak mereka sejak kecil lagi supaya mereka berakhlak yang mulia.. biar miskin harta, tapi jangan miskin budi bahasa.. biarlah kita tidak pandai,, asal jangan bersikap kurang ajar dan biadab..

No comments:

Post a Comment