blog yang dimiliki oleh seorang remaja yang sedang mencari identitinya di atas alam yang penuh dengan tipu helah ini.. perbagai rintangan yang harus dihadapinya untuk beliau mencari siapa dirinya dan tujuannya berada di muka bumi ini.. diselitkan juga cerita dari hatinya yang sering berkata-kata.. hidup ini takkan indah jikalau tiada kesusahan dan juga ujian kan?!
Friday, 7 December 2012
Susahnya Menjadi Ahli Angkat Berat?!
Selalu kita lihat di kaca-kaca televisyen, ketika berlansungnya sesuatu acara, pertandingan atau temasya sukan yang selalunya berlangsung 4 atau 5 tahun sekali, kita tentu rasa seronok untuk melihatnya.. lebih-lebih lagi ketika berlansungnya acara yang agak digemari ramai iaitu acara angkat berat.. kita lihat para peserta yang terdiri daripada serata pelosok dunia bertanding mewakili negara masing-masing.. kita lihat bagaimana para peserta terpaksa mengikat perut mereka lalu mereka dikehendaki mengangkat suatu bebanan yang saya rasa tidak semua manusia biasa mampu untuk mengangkatnya.. segala tenaga, segala kudrat terpaksa digunakan mereka bagi mengangkat bebanan tersebut.. kita hanya mampu melihat betapa sukarnya, betapa payahnya para peserta mengangkat benanan tersebut.. KITA HANYA MAMPU MELIHAT.. pernahkah kita merasainya?! pernahkah kita melaluinya?? apakah perasaan anda bila anda dibebani dengan perbagai pengharapan, perbagai kerenah daripada seseorang? dan anda, hanya anda yang harus dan terus dibebani dengan perkara tersebut sedangkan ada ramai lagi yang mampu untuk melakukan perkara atau kerja yang remeh temeh itu? tentu anda terasa suatu bebanan yang amat sangat bukan?! dan anda akan berasa bersalah jikalau tidak mampu untuk melakukan tugas atau amanah yang diberi kan ? tersepit di antara rasa resah gelisah dan rasa bersalah tentunya akan menimbulkan rasa yang tidak selesa dan rimas dalam diri ini.. dan kita rasa tidak mampu untuk melaluinya.. umpama seorang seperhero yang terpaksa memilih antara keamanan ataupun gadis yang dicintainya.. tapi ingat, sesedih manapun kita, sesukar manapun kita, pasti akan ada seseorang insan yang akan temani kita.. seseorang yang mampu untuk berkongsi tangis hiba kita, apatah lagi dikala kita suka dan juga ketika kita ketawa.. hargailah dirinya kerana insan seperti itu amatlah sukar dicari dan bertuahlah anda kerana dapat memilikinya.. harus di ingat juga, jikalau kita berada di dalam permasalahan, ada yang mampu untuk menawarkan, ada yang mampu untuk membebaskan anda.. ianya bergelar AGAMA.. tapi jangan lah ketika kita susah saje kita baru mencari agama, seeloknya kekalkan lah diri itu mengikut acuan dan suruhan agama supaya kita tidak lah menghadapi bebanan yang terlampau di kemudian hari, insyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment